Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia nombor 13...

12:53 PTG

(0) Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..........

· Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan dikeringkan terus, biarkan menitis dan kering sendiri. Kemudian ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdoa.

· Untuk menghilangkan stress, perbanyakkanlah 'bersenam'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tetapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

· Untuk mempunyai bibir yang cantik, bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

· Agar tubuh langsing,diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih baik lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan yang halal, perbanyakkan memakan sayur-sayuran, buah-buahan, dan air biasa.

· Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan berbuat demikian,kita akan dikenali ramai dan disayangi. Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu ataupun panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7 - Sujud :Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
Comments
0 Comments

0 Responses to "Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia nombor 13..."

Catat Ulasan

Share to FB/twitter